Duti setem adalah sebahagian dari disbursmen. Ia adalah satu jumlah bayaran yang anda perlu bayar kepada kerajaan bagi sesetengah dokumen untuk membolehkan ia digunapakai di mahkamah. Dalam konteks pembelian hartanah, duti setem dibayar untuk pindah milik hartanah berdasarkan kepada harga belian atau harga pasaran (yang mana lebih tinggi) hartanah yang anda beli mengikut taksiran pejabat duti setem. Bayaran untuk duti setem biasanya dibuat kepada peguam untuk mereka panjangkan kepada kerajaan.

Duti setem dikira menggunakan satu formula yang telah ditentukan di dalam akta setem 1949. Jumlah yang anda bayar kepada peguam anda akan digunakan oleh peguam anda untuk membayar duti setem kepada kerajaan melalui pejabat duti setem, sebahagian dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Peguam hanya mengutip jumlah yang ditetapkan bagi pihak kerajaan dan kemudiannya membuat pembayaran bagi pihak anda.

Anggaran bayaran untuk duti setem dalam lingkungan 1% hingga 2%.

credited to En Khairul Anuar (LL.B (Hons))
 
Terdapat 2 jenis:
a) Hakmilik Tetap (HT)
b) Hakmilik Sementara (HS)

A. Hakmilik Tetap

i) Hakmilik Tetap Pejabat Pendaftar
- Geran Negeri iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya.
- Geran Pajakan Negeri iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu.

ii) Hakmilik Tetap Pejabat Tanah
- Geran Mukim iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya.
- Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu.

Geran Pajakan biasanya selama 60 tahun atau 99 tahun. Selepas tempoh pajakan tamat, kerajaan negeri boleh mengambil tanah tersebut tanpa sebarang pampasan. Sekiranya tanah tersebut tidak dimajukan oleh pihak berkenaan, pemilik tanah boleh menyambung pajakan untuk tempoh tertentu dengan bayaran premium tanah semasa. Geran pajakan kemungkinan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dan kemungkinan tiada sekatan.

B. Hak Milik Sementara

- Tidak boleh dipecah sempadan.
- Tidak boleh dipecah bahagi.
- Tidak boleh disatukan tanah.
- Tidak boleh dipecah bahagian bangunan jika ianya terletak di atas tanah HS.

*** melainkan tanah telah diukur dengan sempurna dan pelan akui berkenaan dengannye telah diluluskan.

HS ialah untuk membolehkan tanah diberimilik sebelum diukur atau membolehkan hakmilik dikeluarkan sebelum pengukuran tanah apabila berlaku pecah sempadan, pecah bahagia dan penyatuan.

HS membolehkan tuan punya tanah membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur diselesaikan.

i) Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Pendaftaran
- Akhirnya akan dipegang oleh Geran Negeri atau Geran Pajakan Negeri.

ii) Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Tanah
- Akhirnya akan dipegang oleh Geran Mukim atau Geran Pajakan Mukim.

 

Geran ialah hakmilik tanah. Geran juga sama erti dengan title.

Geran terbahagi kepada dua (2) jenis. berikut adalah :

1. geran individu / hakmilik individu
2. geran srata / hakmilik strata

hakmilik individu atau geran individu ialah geran tanah yang didaftarkan atas nama individu yang beli tanah tu bagi rumah yang dibina atas tanah.

Hakmilik strata atau geran strata ialah geran tanah yang didaftarkan atas nama individu yang beli rumah jenis flat/pangsa/kondo/apartmen.

Paras rupa kedua2 geran ni pun berbeza. Geran individu yang biasanya ditulis sebagai hakmilik sementara 2 keping. kepingan pertama (bercorak dan warna ikut negeri) tulis nombor hakmilik dan pemilik dan juga nama bank (jika digadai kepada bank). kepingan kedua ialah plan lokasi rumah tersebut.

Geran strata pula besar. tak tau lah saiz berapa A. Warna kuning cerah kiranya kalau nak potostat sebesar skrin mesin potostat tu lah untuk satu muka. semuanya 2 muka dan jika dilipat jadi 4 muka dan sekeping pelan lokasi unit sebesar geran tu jugak. 

Kalau beli rumah yang kita tak sain Borang 14A Kanun Tanah Negara dan tak bayar duti setem maknanya rumah atau tanah yang kita beli tu belum ada geran.


 
Persediaan awal amat penting dan berguna sebelum membeli rumah pertama anda. Maklumat-maklumat asas sebagai panduan dan rujukan untuk mengelak daripada berdepan dengan situasi diluar jangka yang mungkin merumitkan proses jualbeli anda. Persedian ilmu dan kewangan contohnya dapat membantu proses jualbeli rumah anda berjalan dengan lancar. Antara-antara persedian awal yang perlu anda tahu adalah :-


a) Membina rekod kredit dengan baik, elakkan berhutang yang tidak perlu. 
b) Jangan memaksimakan penggunaan kad kredit anda. Ini salah satu faktor menyebabkan permohonan loan anda mengalami masalah.
c) Elakkan daripada menjadi penjamin
d) Kurangkan perbelanjaan tingkatkan simpanan
e) Menggunakan khidmat ejen yang berdaftar sebagai rujukan dan permudah urusan
f)  Bertanya pengelaman dari kenalan terdekat yang telah membeli rumah
g) Melengkapkan pengetahuan mengenai pelaburan hartanah.

    Author

    Archives

    August 2013
    June 2013

    Categories

    All
    Duti Setem
    Geran Rumah
    Hakmilik Tanah / Geran Tanah
    Persedian Awal Bakal Pembeli